Rabu, 11 November 2009

2012 apa yang HANGPA perlu tahu.........

Adakah anda sudah bersedia untuk tahun 2012?


Mulanya aku terjumpa secara tak sengaja mengenai kedatangan Planet X ni kat YouTube.



Aku teringat ada pada suatu ketika dulu, tak salah aku diawal tahun 80′an, ada keluar berita kat tv, NASA melaporkan tentang penemuan planet baru berhampiran dengan sistem solar kita ini. Ia dikesan melalui teleskop infrared IRAS. Ia kelihatan seperti bintang berwarna merah yang cerah.



Planet ini dinamakan dengan pelbagai nama antaranya Planet X/Nibiru, Red Giant, Destroyer (nama diberikan oleh orang zaman kuno) etc. Whatever it is, ia pasti akan membawa bala besar kepada bumi dan planet-planet berdekatan kerana ia telah dibuktikan bahawa ia pernah melalui sistem kita ini dan ia akan ‘flyby’ selang 3600 tahun. Ia dipercayai telah menyebabkan banjir besar pada Zaman Nabi Noh, berlakunya Ice Age dan menenggelamkan Atlantis!



Mengapa boleh berlaku sedemikian rupa punya bala?

Antara sebabnya ialah bila ia melalui/berselisih dgn sistem solar kita, ia akan mengganggu kestabilan dan keseimbangan daya graviti, mempengaruhi pergerakan planet lalu menyebabkan kepincangan sistem planet – jadi havoc, lebih havoc dari Jom Heboh tv3.



Apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada keadaan cuaca dunia yang paling buruk, gempa bumi merata-rata, tsunami mengganas, angin bertiup kencang, kiri kanan letupan gunung berapi, sea level meningkat secara drastik etc.



Ada juga teori yang menyatakan salah sebuah dari ‘bulan’ planet x ini pernah menghentam bumi primitif ini suatu ketika dulu, lalu berkecai sebahagiannya dan menghasilkan satu gegelung asteroid (asteroid belt) di sekitar bumi lalu membentuk bulan.



Mengapa sebelum ini manusia tak pernah menceritakan kisah ini?

Ada, didalam manuskrip-manuskrip kuno, tablets, heiroglyphs cuma interpretationnya berlainan seperti dari Artifak Sumerian, Egyptian etc.



Selain itu Kalendar Purba Maya, iaitu kalendar yang paling tepat didalam dunia juga telah meramalkan tentang ini. Ramalan astronomi kalendar unik dari peradaban Maya ini bukan sahaja mencartakan hari, bulan dan tahun malahan kosmologi dan ramalan peristiwa dunia yang besar. Dan ia tidak pernah silap! contoh seperti gerhana-gerhana tepat. Yang peliknya, Long Count kalendar itu ‘berakhir’ pada tarikh 21 Disember 2012.



Antara ramalan yang paling haru biru pada tarikh tersebut ialah akan terjadinya ‘galactic alignment’ dimana kedudukan sistem suria relatif kepada galaksi Bima Sakti membolehkan astronomer melihat terus ke arah ’super-massive blackhole’ yang berada ditengah-tengah galaksi Milky Way. Ini juga bermakna kita akan terdedah kepada sinaran radiasi yang terpancut terpancar keluar dari tengah-tengah ‘disk’ tersebut.



Galactic alignment yang berkitar pada setiap 26,000 tahun ini dipercayai akan mengubah sudut paksi dan arah putaran bumi (Pole/Polar Shift). Apabila ini berlaku, putaran bumi akan menjadi perlahan lalu berhenti seketika, selepas tu ia akan berputar pada arah berlawanan? Matahari terbit dari barat? Tanda kiamat?



“During 2012 Earth is to experience the largest maximum of Solar activity; i.e. of the Sun, ever experienced. The resultant energies, particularly if directed towards earth, have the potential for considerable and dramatic physical effects including but not limited to a magnetic pole shift, a reversing of the direction of the movement of the tectonic plates of the Earth, resulting in massive earthquakes, tsunamis and volcanic activity, and a blotting out of the Sun resulting in another ice age”



Selain itu bahaya lain yang menunggu ialah “Ribut Solar” yang mungkin boleh membuat kita jadi BBQ pada 2012. Pada ketika itu bumi akan menghadapi pendedahan kepada aktiviti solar yang maksimum. Ini telah dibuktikan melalui probe Nasa yang diciptakan khas untuk mengesan fenomena ini. Ia memberi petunjuk bahawa lapisan pelindung radiasi bumi yang dinamakan Magnetosphere semakin melemah. Jika ia hilang sepenuhnya maka kita pun akan jadi arwah.



Ok berbalik kepada kisah planet misteri ini. Sebenarnya ia mempunyai orbitnya yang tersendiri, laluannya yang lebih panjang dan pelik. Ia juga masih belum disahkan lagi samada ia adalah salah sebuah ahli sistem kita yang normal atau adakah ia satu sistem solar mini (terdapat planet-planet kecil yang mengelilinginya) yang sifatnya sebagai ‘intruder’?



Kemaraan planet ini dapat dirasai apabila beberapa satelit Nasa mengalami anomali, ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kesan dari kemaraan dan daya tarikan graviti Planet X tersebut. Buat masa ini Nasa sedang meng-usya planet ini dari Kutub Selatan.



Yang menariknya ialah kita bakal menikmati 2 buah matahari pada waktu itu huhu. Tapi hanya untuk beberapa minggu/bulan sahaja sebelum ia pergi jauh semula.



Walaubagaimanapun, menurut perkiraan berdasarkan hayat bumi dan sela orbit Nibiru ini, ia telah pun mengorbit matahari sebanyak 1.35 juta kali. Membuktikan bahawa setiap kali ia ‘tumpang lalu’ ia tidak akan membawa bencana besar, kira macam nasib lah..



Jika benar pun, laluan dan the level of threatnya tak ada siapa yang boleh ramalkan secara tepat. Kesan terburuk yang dapat diramalkan ‘cuma’ 3/5 populasi akan mampus secara free, selebihnya akan merana – kata mereka. Kalau ia berlaku pun, mungkin sementara waktu saja walaupun effectnya akan mengambil masa yang lama untuk bumi recover semula, siapa survive pun mungkin muka macam sate daging.



Kenapa tak ada official anouncement?



Ada yang berkata ini suatu konspirasi kerajaan sedunia untuk menyembunyikan maklumat ini demi mengelakkan panik. Mereka juga kata, global warming dan keadaan cuaca tidak menentu yang disebabkan oleh lapisan ozone adalah suatu cover-up. Claim mereka, penyebab utamanya ialah Planet X.



Ya ini semua memang MENAKUTKAN dan kerja menakutkan orang lain adalah seronok tapi..



Adakah semua ramalan ini benar?

Hakikatnya kedatangan planet ini telah pun diramalkan akan tiba pada tahun 2003.. tapi masih tiada apa-apa yang berlaku, ramalan terbaru sekarang ni ialah ia akan datang pada 2012 pulak dah.. ada juga yang ramal tahun 2053 huhu.. Hakikatnya lagi, masih tiada bukti kukuh tentang kewujudan planet ini, mereka masih confuse dengan kehadiran bintang dan planet yang lain.



Ada yang siap tengok kalendar tarikh 21.12.2012 tu hari apa – Jumaat, dan terus buat kesimpulan hari itu ialah hari kiamat. Tak belajar agama kut. Takkanlah 2012 tu kita akan dapat satu pakej bala yang lengkap, macam-macam bala datang. Tak logik langsung. Mungkin ini suatu fenomena ramalan biasa yang sama seperti Supervolcano dan Y2K oleh golongan orang-orang yang digelar “doomsayers” dan “naysayers”.



Setelah membaca beberapa artikel dan menonton beberapa video tentang bahaya mendatang ini aku berpendapat;



•The ultimate outcome of 2012 (atau tahun bila-bila pun) bukanlah ditentukan dari perkiraan matematik atau ramalan pihak tertentu. Ini semua adalah uncertainties belaka.. Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi tentang tarikh kiamat.

•Ini ialah propaganda media semata-mata

•Tak perlu risau tentang perkara yang tak ada fakta dan bukti yang betul-betul solid.

•Apa nak jadi, jadi la, yang penting live life to the fullest!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menakutkan diri anda sendiri atau mencari kebenaran, search saja keyword: planet x, nibiru, galactic alignment, polar shift atau 2012 ke dalam search engine.

Khamis, 29 Oktober 2009

hari pertama MICHAEL JACKSON - THIS IS IT....FILEM MEMBOSANKAN

hari ni HARI PEMBUKAAN FILEM MICHAEL JACSKON THIS IS IT.....apa pun yang aku tengok hari OPENING ni kat SUNWAY CARNIVAL

DUKACITANYA

FILEM INI MENDUKACITAKAN

rasa macam tengok video clip KAT YOUTUBE
LEPAS TU TENGOK YOUTUBE VIDEO CLIP TU KAT PROJECTOR
YANG LAIN BIASA JER
TAKDE PUN PASAI PERKARA LAIN PASAI MJ

FRUST BETUL AKU!!!!!

Jumaat, 23 Oktober 2009

pembentangan BAJET 2010 oleh najib pada 23/10/09

aku buat live coverage it live dari media yang aku ada
sapa sapa nak update

masuk bawah

Selasa, 13 Oktober 2009

betul tu wak albanjari.....jangan mara aaaa 14/10/09

aku nak kata terkejut pun ada jugak
nak kata syok pun ada jugak
tapi boleh kata apa yang aku dan blogger albanjari tu
ADA BETULNYA JUGAK
kiranya kami sependapat...

kalau nak tau apa yang kami sependapat tu,.........

baca kat bawah ni......

Semuanya gara gara kegagalan sistem tarbiyyah. Tanpa kefahaman haraki yang mantap, ramai dikalangan kita berjuang bermati matian untuk mempastikan kemenangan milik kita tanpa mengambil berat soal "redha dan restu" Allah swt. Tanpa tarbiyyah, kita akan menjadi pejuang parti politik dan bukan lagi pejuang yang berjuang di dalam Gerakan Islam.






Sebab tu, time nak gaduh dengan UMNO, ramai yang muncul tetapi time solat ramai yang lupa. Macam mana nak dapat redha Allah swt jika macam tu ? Bila kalah, kita "bersilat". SPRlah. Undi poslah. UMNO ugut pengundilah. Macam macam bunga silat kita. Kita langsung tak nampak "gerak kerja" Allah swt walaupun kita tanpa segan silu melabelkan diri kita sebagai pejuang Islam yang berada di dalam Gerakan Islam.



Di mana silapnya apabila sistem tarbiyyah ini dikatakan gagal ? Silapnya adalah ulama yang ada, walaupun ramai, masih gagal untuk menterjemahlan ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt ke dalam masyarakat. Ulama yang ada tenggelam dalam "lautan" ilmunya sehinggakan asyik "syok sendiri" ketika mengajar dan lupa untuk mempastikan para ahli jemaah ini faham apa yang diajar.



Lebih malang lagi, apabila ada "ulama" dalam PAS yang menjadikan dakwah itu sebagai satu komoditi dan menjadikan "ceramah" itu sebagai suatu sumber pendapatan. Berceramah berapi-api. Sebutan ayat al-Quran dan hadith lancar tahap gaban tapi merokok macam mat Indon kerja kontrak.



Pemuda PAS, time demonstrasi, bukan main lagi garangnya. "JAHANAM AMERIKA". "JAHANAM ISRAEL". Malangnya, rokok Winston tersepit kemas di celah jari. "HANCUR AMERIKA". "HANCUR ISRAEL". Tapi every weekend bawa family makan di McDonald atau KFC. Nak dapat keredhaan Allah swt macam mana kalau munafik yang mudah tu pun sukar nak dibuang jauh daripada kehidupan ?



Pergi jahanamlah dengan daki daki munafik yang ada tu...baik pimpinan, baik penyokong, baik petugas, baik ahli, baik dewan-dewan, baik Kawasan-kawasan, baik Cawangan Cawangan, baik bloggers, baik apa sekalipun. Pergi jahanam selagi anda gagal untuk keluar daripada lumpur munafik tu.



Nak marah? Marahlah....ada aku kesah? Redha manusia lebih mendekatkan kita dengan neraka berbanding redha Allah swt yang memudahkan kita ke syurga.

Isnin, 12 Oktober 2009

petanda kiamat DAN politik...13/09/09

aku rasa nak bertukar haluan la??????
POLITIK NI AKU AMBIL TAU JUGAK
POLITIK NI AKU BUAT POSTING JUGAK

tapi sekarang ni aku rasa aku nak MENAMBAHKAN SKOP COVERAGE BLOG NI KE
SATU AGENDA BESAR YANG AKAN MENIMPA KITA
mungkin ia akan MENGUBAH FAHAMAN PUAK BN KE PAS
atas nama PERJUANGAN ISLAM

kalau ikut POLITIK MALAYSIA tak kemana
CUMA ADA DUA HALA
puak ni bagus....DIA MENANG
puak ni lebih baik....DIA PULAK MENANG

insyallah aku akan ULAS POLITIK dan cuba mengulas tanda tanda kiamat yang ditimbulkan dalam politik

inikah yang najib mahukan 1 malaysia?????

artikel kat  bawah ni betul betul buat aku tersentak.....
inikah yang najib mahukan
penyatuan agama
penyatuan kaum
sehingga semua benda dalam malaysia jadi carca marba????

baca artikel dibawah dan fikirkan......

PONTIAN: “Nak kahwin susah, mati nanti lagi susah...,” keluh seorang lelaki mengaku berketurunan Cina dan mengamalkan ajaran Buddha yang bingung apabila tidak dapat mendaftarkan perkahwinannya kerana namanya direkodkan sebagai Ali bin Bakar dan beragama Islam.




Ali atau Ah Tee, 23, mendakwa mengamalkan ajaran Buddha sejak lahir dan bukannya beragama Islam seperti tertera pada kad pengenalan (MyKad), sekali gus menyebabkan dia gagal mendaftarkan perkahwinannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah ini, baru-baru ini.



“Saya orang Cina, bukan Melayu walaupun nama saya Ali Bakar,” katanya yang menetap di Pekan Nanas, dekat sini.



Katanya, dia mengalami kesukaran untuk mendaftar perkahwinan disebabkan MyKadnya tertulis nama Ali bin Bakar dan beragama Islam sedangkan dia tidak pernah mengamalkan agama terbabit sejak kecil.





















Ali berkata, kekeliruan itu berpunca daripada bapanya, lelaki Melayu bernama Bakar Dolah yang berkahwin dengan ibunya, Suki, wanita Cina beragama Buddha dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima anak.









Wanita itu memeluk Islam untuk berkahwin dengan Bakar, tetapi masih mengamalkan ajaran asal sehingga menyebabkan masa depan lima anaknya bercelaru.



Menurut Ali, kakak sulungnya dinamakan mengikut nama Cina iaitu Ah Ni dan tidak mengalami sebarang kesukaran untuk mendaftar perkahwinan, tetapi abang dan adiknya dinamakan mengikut nama Melayu iaitu Lan, 25, adik lelaki, Hamid, 21, dan adik perempuan, Rani, 15.



“Inilah yang menjadi masalah kami empat beradik dan saya tidak tahu sama ada bapa saya Islam atau tidak kerana mereka tidak beritahu perkara sebenar. Saya, ibu serta adik-beradik mengamalkan ajaran Buddha,” katanya ketika ditemui di Pejabat Agama Pontian di sini, baru-baru ini.



Menurutnya, ketika hendak mendaftar perkahwinan, pegawai JPN terperanjat kerana MyKadnya tertulis nama Melayu dan pegawai terbabit membawanya ke pejabat agama daerah untuk meminta penjelasan lanjut.



Dia berkata, pendaftaran perkahwinannya terpaksa ditangguhkan buat sementara sehingga kemelut ini dapat diselesaikan.



Ali turut risau kemungkinan mayat mereka menjadi pertikaian jika mati kelak, sekali gus mengulangi apa yang berlaku terhadap bapanya.



Menurut sumber, bapa Ali seorang Melayu beragama Islam bernama Bakar Dollah dan mempunyai tiga isteri.



Isteri pertama dan kedua dipercayai berketurunan Melayu manakala isteri ketiga seorang Cina iaitu ibu Ah Tee.



Katanya, Bakar pernah memberitahu orang ramai bahawa dia bukan Islam, tetapi tiada rekod pendaftaran yang mengesahkan dia seorang berketurunan Cina atau beragama Buddha.



“Ketika Bakar meninggal dunia dan hendak dikebumikan Februari lalu, keluarga sebelah isteri Cinanya menuntut jenazah itu dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam, tetapi dihalang Jabatan Agama Johor.



“Akhirnya Bakar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di Johor Bahru,” katanya ketika dihubungi.



Sementara itu, Ali berkata, ibunya kini menetap di Kota Tinggi bersama kakak dan adik bongsunya manakala dia bersama abangnya tinggal di Pekan Nanas.

Ahad, 11 Oktober 2009

tun razak masuk PEMBANGKANG 12/09/09????

baca bawah

'Kembalikan Bandar Tun Razak'


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Parlimen Bandar Tun Razak jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.



Kawasan itu sangat simbolik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia dinamakan sempena nama bapanya yang juga Perdana Menteri kedua negara.



Beliau menaruh harapan agar Bandar Tun Razak kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang akan datang.



"Semoga Bandar Tun Razak ini kalau ikutnya roh dan semangat Tun Razak itu, jangan lupa bila tiba masanya, kembalikanlah Bandar Tun Razak ini," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata demikian pada majlis Jamuan Hari Raya 1Malaysia Bersama Perdana Menteri dan Isteri di pekarangan kawasan Perumahan Seri Melaka, Bandar Tun Razak di sini hari ini.



Lebih 10,000 orang menghadiri program berkenaan hari ini.



Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dan penganjur, Syed Abdul Rahman Alhabshee.



Tambah Najib, beliau amat terharu apabila rakyat pelbagai kaum berasak-asak mahu bersalam dengannya sebaik tiba ke sambutan tersebut.



"Mungkin ini petanda yang baik bahawa tuan-tuan dan puan-puan yakin dengan kerajaan BN kita," katanya.



Dalam ucapannya juga, beliau memberitahu, gagasan 1Malaysia yang cuba diterapkan kini sama sekali tidak mengubah perkara-perkara yang menjadi hak orang Melayu.



"Kita tidak ambil hak orang Melayu dan beri kepada masyarakat lain," katanya.



Namun kata beliau, tindakan itu juga tidak menyebabkan masyarakat lain dipinggirkan.



"Kita sebuah negara yang mampu beri pertimbangan adil dan saksama, masyarakat Cina dan India juga layak diberikan pertimbangan mengikut hak dan jangkauan yang sewajarnya," katanya.



Beliau juga menyeru semua kaum di negara ini menghayati sepenuhnya erti perpaduan kerana jika gagal berbuat demikian, maka negara ini akan menuju kehancuran.