Jumaat, 27 November 2009

SUBUR meLEBUR perasaan RAKYAT di permatang pauh

aku baru dapat luahan hati seorang hamba allah kat GUAR PERAHU
dia ni memang dalam golongan sasaran yang boleh dapat SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT tu
tapi malangnya bila diperingkat JKKK tu ada SEPARATION OF POWER pulak
dijadikan cerita ada dua JKKK
satu JKKK kerajaan negeri
satu JKKK kerajaan pusat
yang buat pasai sebab salah seorang VIP UMNO PERMATANG PAUH tunjuk lagak
lebih kurang maksud kalau nak KENALAH MENGADAP JKKK PUSAT
hamba allah ni pulak PRO PR\

aku rasa hangpa mungkin tau apa yang jadi lepas tu
aku dengaq sampai KOYAK BORANG depan VIP
best cerita ni....
kalau nanti aku dapat luahan rasa hamba allah  ni
aku publish lagi yea.....

Khamis, 26 November 2009

ISTIMEWA AIDIL ADHA:asal usul labaikallah hum mala bai.....labaikallah syarik kal la kala bai

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….




Talbiyah yang terus menggema dan mengguruh diseantera tanah haram Makkah dikumandangkan para jamaah haji yang beraneka ragam ras, suku dan bangsa. Sungguh satu pemandangan yang menyentuh hati, pemandangan yang mengharukan dan membanggakan. Bagaimana tidak!? Kaum muslimin yang biasanya berseteru dan berselisih serta berpecah belah dalam kesempatan itu mengumandangkan satu kalimat dan satu ucapan saja. Mereka berpakaian yang sama dan mengucapkan kalimat yang sama “Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalak. Berpakaian putih-putih bagi laki-lakinya dan berpakaian menutup aurat untuk perempuannya, tanpa membeda-bedakan kedudukan dan martabat dunia, bangsa dan suku, ulama dan awam, semuanya bersatu mengucapkan talbiyah menyambut seruan Allah dalam firmanNya:



Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji,niscaya mereka akan datang kepadamudengan berjalan kaki,dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. (Surat Al hajj :27)



Berkata Ibnu Abbas t dalam menafsirkan firman Allah U ini : “Ketika Allah U memerintahkan Ibrahim u untuk mengkhabarkan manusia agar berhajji, Ibrohim berkata:



يا أيها الناس إن ربكم اتحذ بيتًا و أمركم أن تحجوه فاستجاب له ما سمعه من حجر أو شجر أو أكمة أو تراب أو شيئ فقالوا لبيك اللهم لبيك (رواه ابن جرير 17\106)



“Wahai manusia sesungguhnya Rabb kalian telah membangun satu rumah (ka’bah) dan memerintahkan kalian untuk berhaji kepadanya. Lalu menerima panggilan ini apa saja yang mendengarnya dari batu-batuan, pepohonan, bukit-bukit debu atau apasaja yang ada, lalu mereka berkata لبيك اللهم لبيك …… (H.R Ibnu Jarir 17/106)[1]



Demikian juga imam Mujahid –salah seorang murid besar Ibnu Abbas- menafsirkan ayat ini dalam pernyataan beliau: Nabi Ibrohim menyeru manusia (dengan menyatakan):





“Wahai sekalian manusia, penuhilah seruan Robb kalian”.





Dalam riwayat lain dikatakan:





“Sesungguhnya Ibrohim ketika diperintahkan untuk menyeru manusia berhaji, bangkit berdiri diatas maqam[2] dan berkata: “Wahai sekalian manusia, penuhilah seruan Rabb kalian”. Mererka menjawab: “Labaik Labaik”. Maka barang siapa berhaji sekarang ini, maka ia telah memenuhi seruan nabi Ibrohim ketika itu pada nenek moyang mereka. Ibnu Taimiyah berkata: “Kedua riwayat ini dikeluarkan oleh Abu Ya’la AL Maushiliy dengan sanad yang shohih”[3]



Berkata Ibnu Hajar ; ” Berkata Ibnu Abdil Barr: ‘Telah berkata sejumlah para Ulama’: “Makna Talbiyah adalah jawaban panggilan Ibrahim u ketika memberitahukan manusia untuk berhaji”"[4]





Makna Talbiyah

Kata Talbiyah berasal dari bahasa Arab dari kata: ( أَلَبَّ بِالْمَكَانِ) jika mendiami dan tinggal ditempat tersebut. Sehingga makna talbiyah adalah senantiasa bersamanya dan bergantung kepadanya seperti orang yang tinggal dan menetap disatu tempat. Sedangkan talbiyah disini bermakna mengucapkan Labaika Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalaka



Talbiyah memiliki makna yang agung, karena memuat tauhid dan kebesaran Allah. Hal ini dapat dilihat dari makna kata-kata dalam talbiyah tersebut, sebagaimana berikut ini:



(اللهم) : Wahai Allah



(لبيك) : Adalah penegas yang memiliki ma’na baru (lebih‎‎), maka saya mengulang-ulang dan menegaskan bahwa saya menjawab atau menerima panggilan Rabb saya dan tetap dalam keta’atan kepada-Nya



(لا شريك لك) : Berma’na tidak ada satupun yang menyekutukan Engkau (Allah) dalam segala sesuatu



(لبيك) : Sebagai penegas bahwa saya menerima panggilan haji tersebut karena Allah, bukan karena pujian, ingin terkenal, ingin harta, dan lain-lain, akan tetapi saya berhaji dan menerima panggilan tersebut karena Engkau saja



(إن الحمد و النعمة لك والملك) : Sesungguhnya saya berikrar dan mengimani bahwa semua pujian dan nikmat itu hanyalah milik-Mu demikikan juga kekuasaan



(لا شريك لك) : Yang semua itu tidak ada sekutu bagimu

ISTIMEWA MALAM AIDIL AHDA: kesilapan ketika BERTAKBIR

KESALAHAN UTAMA DALAM BERTAKBIR:

TAKBIR dalam KEADAAN SAYU DAN KESEDIHAN

kesilapan ini DI POPULAR KAN oleh DRAMA DRAMA TV

SALAH TANGGAPAN INI HARUS DISEKAT

INI KERANA TAKBIR PERLU DI LAUNGKAN DENGAN BERSEMANGAT DAN DENGAN SUARA BERGEMURUH

kerana TAKBIR dilaungkan untuk melaungkan kejayaan BUKAN KESEDIHAN

Ahad, 15 November 2009

LUPAKAN BAI AH:KAABAH MUNGKIN SASARAN SETERUSNYA

2012 sedang berada hangat di pawagam. Saya sedang mencuri masa mendapatkan sumber filem itu untuk ditontoni dan dikaji.






Pendirian saya mudah dalam filem-filem Hollywood. Siapa jua pengarahnya, termasuk Roland Emmerich sekalipun. Rekod filem beliau dalam pendedahan simbol peristiwa 'letupan' WTC pada 11 September 2001 dan beberapa simbol Illuminati melalui beberapa filemnya sebelum peristiwa itu berlaku sudah cukup menambahkan keyakinan saya bagaimana kelicikan proksi-proksi Illuminati.





Mesej 9-11 dalam "Independence Day" (1996)





Salah satu adegan dalam The Indepence Day (1996). Presiden diberikan taklimat mengenai bagaimana satelit berfungsi. Simbol apakah itu ?



Masonic Symbol









Mesej 9-11 dalam "Godzilla" (1998)





That Patriot (2000)





Filem-filem Emmerich juga seakan-akan sentiasa tidak lekang dari simbol "Piramid" yang menjadi simbol Illuminati.









Dalam filem 2012 pula, saya ingin berpesan, jangan anda memandang remeh setiap adegan dalam filem tersebut walaupun hanya beberapa detik dan beberapa saat atau yang mungkin disebut oleh orang ramai sebagai "alah, kebetulan je adegan macam itu..."



Saya belum melihat penuh filem tersebut. Jadi saya tidak mahu lagi ulas panjang. Tetapi trailer filem 2012 di Youtube sudah cukup menimbulkan beberapa persoalan dalam benak fikiran saya.



Pertama : Kapal JFK dan kemusnahan White House





Adegan kapal J.F.K menghempap White House dalam poster 2012.





Simbolik bahayanya J.F.K kepada 'pemilik' sebenar White House ?







Kedua : The One Place on Earth Not Destroyed in '2012'





"In Roland Emmerich's upcoming global demolition derby movie 2012, the director gets to indulge his passion for destroying landmarks on a world scale.



In previous movies, he's destroyed the Empire State Building and the White House (Independence Day), sent a giant monster into the middle of Manhattan (Godzilla), blown away the famous Hollywood sign and the Capitol Records building in Los Angeles (The Day After Tomorrow) and savaged New York again by flooding and then freezing it (also The Day After Tomorrow).



Emmerich said that he got approached by people who wanted their landmarks destroyed, such as the 101 Tower in Taipei, the world's tallest building. But Emmerich was thinking of something even more explosive: the Kaaba, the cube-shaped building at the heart of Mecca, the focus of prayers and the Islamic pilgrimage called the Hajj; it is one of Islam's holiest sites.



Really?



"Well, I wanted to do that, I have to admit," Emmerich says. "But my co-writer Harald said I will not have a fatwa on my head because of a movie. And he was right. ... We have to all ... in the Western world ... think about this. You can actually ... let ... Christian symbols fall apart, but if you would do this with [an] Arab symbol, you would have ... a fatwa, and that sounds a little bit like what the state of this world is. So it's just something which I kind of didn't [think] was [an] important element, anyway, in the film, so I kind of left it out." - Sumber





Musuh bernama Illuminati sangat licik. "Illuminati believes by exposing their symbols it will expose their powers over everything." Sebab itu saya lebih suka untuk melihat apa yang tersirat dari kenyataan tersurat Remmerich di atas.



Namun saya pulangkan terlebih dahulu kepada pandangan pembaca atau penonton 2012.



Saya sudah pernah menulis mengenai Illuminati dalam Hollywood di sini dan membentangkan pandangan saya di kampus UIA PJ.



Lihat juga penguasaan mereka industri muzik dunia yang mereka kuasai dan apa yang mereka lakukan kepada Michael Jackson.





Konspirasi Illuminati Pada Michael Jackson dan artis-artis anti NWO





Tema "Yes We Can" Obama. Jika diterbalikkan suara akan menjadi "Thank You Satan". Ini antara slogan wajib para artis yang bernaung di bawah Illuminati. Jika mereka berpaling tadah, nasib seperti apa yang berlaku pada MJ akan berulang. Di sebalik kulit hitam MJ dan kulit hitam Obama, semua itu sudah pun berada dalam grand-design penyebaran pengaruh mereka. Saksikan juga temuramah dengan MJ dan apabila dia berkata "I don't wanna to say too much...conspiracy..."



Perancangan mereka sentiasa halus. Dengan sebelah mata, anda tidak akan nampak perencanaan mereka. Buka kedua belah mata, baru akan nampak hakikat sebenar. Sememangnya kerja mereka menutupi sebelah mata kita. Berhati-hatilah. Bacalah mereka dan perencanaan mereka, maka barulah umat dan pejuang Islam akan mampu mengatasi kebijaksanaan mereka.

Rabu, 11 November 2009

2012 apa yang HANGPA perlu tahu.........

Adakah anda sudah bersedia untuk tahun 2012?


Mulanya aku terjumpa secara tak sengaja mengenai kedatangan Planet X ni kat YouTube.



Aku teringat ada pada suatu ketika dulu, tak salah aku diawal tahun 80′an, ada keluar berita kat tv, NASA melaporkan tentang penemuan planet baru berhampiran dengan sistem solar kita ini. Ia dikesan melalui teleskop infrared IRAS. Ia kelihatan seperti bintang berwarna merah yang cerah.



Planet ini dinamakan dengan pelbagai nama antaranya Planet X/Nibiru, Red Giant, Destroyer (nama diberikan oleh orang zaman kuno) etc. Whatever it is, ia pasti akan membawa bala besar kepada bumi dan planet-planet berdekatan kerana ia telah dibuktikan bahawa ia pernah melalui sistem kita ini dan ia akan ‘flyby’ selang 3600 tahun. Ia dipercayai telah menyebabkan banjir besar pada Zaman Nabi Noh, berlakunya Ice Age dan menenggelamkan Atlantis!



Mengapa boleh berlaku sedemikian rupa punya bala?

Antara sebabnya ialah bila ia melalui/berselisih dgn sistem solar kita, ia akan mengganggu kestabilan dan keseimbangan daya graviti, mempengaruhi pergerakan planet lalu menyebabkan kepincangan sistem planet – jadi havoc, lebih havoc dari Jom Heboh tv3.



Apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada keadaan cuaca dunia yang paling buruk, gempa bumi merata-rata, tsunami mengganas, angin bertiup kencang, kiri kanan letupan gunung berapi, sea level meningkat secara drastik etc.



Ada juga teori yang menyatakan salah sebuah dari ‘bulan’ planet x ini pernah menghentam bumi primitif ini suatu ketika dulu, lalu berkecai sebahagiannya dan menghasilkan satu gegelung asteroid (asteroid belt) di sekitar bumi lalu membentuk bulan.



Mengapa sebelum ini manusia tak pernah menceritakan kisah ini?

Ada, didalam manuskrip-manuskrip kuno, tablets, heiroglyphs cuma interpretationnya berlainan seperti dari Artifak Sumerian, Egyptian etc.



Selain itu Kalendar Purba Maya, iaitu kalendar yang paling tepat didalam dunia juga telah meramalkan tentang ini. Ramalan astronomi kalendar unik dari peradaban Maya ini bukan sahaja mencartakan hari, bulan dan tahun malahan kosmologi dan ramalan peristiwa dunia yang besar. Dan ia tidak pernah silap! contoh seperti gerhana-gerhana tepat. Yang peliknya, Long Count kalendar itu ‘berakhir’ pada tarikh 21 Disember 2012.



Antara ramalan yang paling haru biru pada tarikh tersebut ialah akan terjadinya ‘galactic alignment’ dimana kedudukan sistem suria relatif kepada galaksi Bima Sakti membolehkan astronomer melihat terus ke arah ’super-massive blackhole’ yang berada ditengah-tengah galaksi Milky Way. Ini juga bermakna kita akan terdedah kepada sinaran radiasi yang terpancut terpancar keluar dari tengah-tengah ‘disk’ tersebut.



Galactic alignment yang berkitar pada setiap 26,000 tahun ini dipercayai akan mengubah sudut paksi dan arah putaran bumi (Pole/Polar Shift). Apabila ini berlaku, putaran bumi akan menjadi perlahan lalu berhenti seketika, selepas tu ia akan berputar pada arah berlawanan? Matahari terbit dari barat? Tanda kiamat?



“During 2012 Earth is to experience the largest maximum of Solar activity; i.e. of the Sun, ever experienced. The resultant energies, particularly if directed towards earth, have the potential for considerable and dramatic physical effects including but not limited to a magnetic pole shift, a reversing of the direction of the movement of the tectonic plates of the Earth, resulting in massive earthquakes, tsunamis and volcanic activity, and a blotting out of the Sun resulting in another ice age”



Selain itu bahaya lain yang menunggu ialah “Ribut Solar” yang mungkin boleh membuat kita jadi BBQ pada 2012. Pada ketika itu bumi akan menghadapi pendedahan kepada aktiviti solar yang maksimum. Ini telah dibuktikan melalui probe Nasa yang diciptakan khas untuk mengesan fenomena ini. Ia memberi petunjuk bahawa lapisan pelindung radiasi bumi yang dinamakan Magnetosphere semakin melemah. Jika ia hilang sepenuhnya maka kita pun akan jadi arwah.



Ok berbalik kepada kisah planet misteri ini. Sebenarnya ia mempunyai orbitnya yang tersendiri, laluannya yang lebih panjang dan pelik. Ia juga masih belum disahkan lagi samada ia adalah salah sebuah ahli sistem kita yang normal atau adakah ia satu sistem solar mini (terdapat planet-planet kecil yang mengelilinginya) yang sifatnya sebagai ‘intruder’?



Kemaraan planet ini dapat dirasai apabila beberapa satelit Nasa mengalami anomali, ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kesan dari kemaraan dan daya tarikan graviti Planet X tersebut. Buat masa ini Nasa sedang meng-usya planet ini dari Kutub Selatan.



Yang menariknya ialah kita bakal menikmati 2 buah matahari pada waktu itu huhu. Tapi hanya untuk beberapa minggu/bulan sahaja sebelum ia pergi jauh semula.



Walaubagaimanapun, menurut perkiraan berdasarkan hayat bumi dan sela orbit Nibiru ini, ia telah pun mengorbit matahari sebanyak 1.35 juta kali. Membuktikan bahawa setiap kali ia ‘tumpang lalu’ ia tidak akan membawa bencana besar, kira macam nasib lah..



Jika benar pun, laluan dan the level of threatnya tak ada siapa yang boleh ramalkan secara tepat. Kesan terburuk yang dapat diramalkan ‘cuma’ 3/5 populasi akan mampus secara free, selebihnya akan merana – kata mereka. Kalau ia berlaku pun, mungkin sementara waktu saja walaupun effectnya akan mengambil masa yang lama untuk bumi recover semula, siapa survive pun mungkin muka macam sate daging.



Kenapa tak ada official anouncement?



Ada yang berkata ini suatu konspirasi kerajaan sedunia untuk menyembunyikan maklumat ini demi mengelakkan panik. Mereka juga kata, global warming dan keadaan cuaca tidak menentu yang disebabkan oleh lapisan ozone adalah suatu cover-up. Claim mereka, penyebab utamanya ialah Planet X.



Ya ini semua memang MENAKUTKAN dan kerja menakutkan orang lain adalah seronok tapi..



Adakah semua ramalan ini benar?

Hakikatnya kedatangan planet ini telah pun diramalkan akan tiba pada tahun 2003.. tapi masih tiada apa-apa yang berlaku, ramalan terbaru sekarang ni ialah ia akan datang pada 2012 pulak dah.. ada juga yang ramal tahun 2053 huhu.. Hakikatnya lagi, masih tiada bukti kukuh tentang kewujudan planet ini, mereka masih confuse dengan kehadiran bintang dan planet yang lain.



Ada yang siap tengok kalendar tarikh 21.12.2012 tu hari apa – Jumaat, dan terus buat kesimpulan hari itu ialah hari kiamat. Tak belajar agama kut. Takkanlah 2012 tu kita akan dapat satu pakej bala yang lengkap, macam-macam bala datang. Tak logik langsung. Mungkin ini suatu fenomena ramalan biasa yang sama seperti Supervolcano dan Y2K oleh golongan orang-orang yang digelar “doomsayers” dan “naysayers”.



Setelah membaca beberapa artikel dan menonton beberapa video tentang bahaya mendatang ini aku berpendapat;



•The ultimate outcome of 2012 (atau tahun bila-bila pun) bukanlah ditentukan dari perkiraan matematik atau ramalan pihak tertentu. Ini semua adalah uncertainties belaka.. Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi tentang tarikh kiamat.

•Ini ialah propaganda media semata-mata

•Tak perlu risau tentang perkara yang tak ada fakta dan bukti yang betul-betul solid.

•Apa nak jadi, jadi la, yang penting live life to the fullest!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menakutkan diri anda sendiri atau mencari kebenaran, search saja keyword: planet x, nibiru, galactic alignment, polar shift atau 2012 ke dalam search engine.