Jumaat, 4 September 2009

kenapa terkejut BERUK!!!!

bila bn dah ngaku jadi AGEN ALLAH

MALUNYA AKU JADI PEJUANG ISLAM
HANGPA KATA HANGPA PEJUANG ISLAM?????

BENDA YANG BETUL HANGPA HALANG
HANGPA KUTUK MENTERI KONTROL MEDIA PERDANA

ORANG BERKUASA KAT SINI PUN SAMA SAJA

AKU TAK TAU BILA PR PERINTAH MALAYSIA

LAGI TERUK PUAK PUAK NI

NAK TAU LAGI....

BACA BAWAH!

memang patut pun DEPA KATA DEPA AGEN ALLAH

aku tengok ada orang dalam PR dan TRANUNGKITE ni NAMA SAJA PEJUANG ISLAM TAPI TAK IKUT TUNTUTAN TUHAN

DEPA ( ORANG YANG SUPPORT PR NI)
SALAH GUNA KUASA DEPA KAT SINI
SALAH GUNA KUASA DEPA SEBAGAI MODERATOR
SALAH GUNA TANGAN YANG DIBERI ALLAH
SALAH GUNA KAKI YANG DIBERI ALLAH
SALAH GUNA OTAK YANG DIBERI ALLAH

"BERKATA BENARLAH WALAUPUN IANYA PAHIT"
"KATA PENEGAK KEADILAN"
"SENTUH MODERATOR SIKIT"
BANNED
SAPA YANG BANNED AKU DAN GENG AKU
ALLAH LAKNAT DIA!
AMIN!!!!!

Rabu, 2 September 2009

KHAS BUAT WARGA TRANUNGKITE

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENGASIHANI

DEMI MASA
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DIDALAM KERUGIAN
KECUALI MEREKA YANG BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN
BERPESAN PESAN DENGAN KESABARAN

ADAKAH MESEJ UNTUK MEMBERITAHU BAHAWA BALA ALLAH TELAH TIBA SATU KESALAHAN?
ADAKAH MESEJ UNTUK MEMBUKTIKAN KUASA ALLAH SUATU KESALAHAN?
SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN ALLAH


KUASA YANG ADA PADA WEBMASTER HANYA SEMENTARA
KUASA YANG ADA PADA MODERATOR HANYA SEMENTARA
KUASA YANG ADA PADA PERDANA MENTERI HANYA SEMENTARA
KUASA YANG ADA PADA KETUA MENTERI HANYA SEMENTARA

KUASA YANG DIBERIKAN HANYALAH UJIAN ALLAH KEPADA ANDA
KUASA YANG DIBERIKAN MELEMAHKAN ANDA
KUASA YANG DIBERIKAN MEMPERDAYAKAN ANDA

SEGALA KUASA YANG DIBERIKAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH
SEGALA PERNYATAAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH
SEGALA PERBUATAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH
SEGALA KEMUNAFIKAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH
SEGALA GALANYA AKAN DISOAL OLEH ALLAH

AMARAN ALLAH buat MALAYSIA dan INDONESIA pada 10 hari kedua puasa

33 korban gempa di Jawa

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my



Beberapa bangunan di sebatang jalan di pekan Sukabumi di Jawa Barat runtuh setelah gempa bumi kuat melanda pulau Jawa, semalam. Gempa itu berlaku kira-kira 200 kilometer di selatan Jakarta pada kedalaman 49 kilometer, kata Kajian Geologikal AS. – AFP

--------------------------------------------------------------------------------



JAKARTA 2 Sept. – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh di beberapa lokasi di Jakarta dan Jawa Barat akibat gempa bumi berukuran 7.3 pada skala richter di Tasikmalaya dekat Bandung, petang ini.

Cianjur merupakan kawasan yang paling teruk dilanda gempa itu dan 30 yang lain dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, manakala seorang maut di Sukabumi.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia, Priyadi Kardono berkata, di Bandung sebanyak 10 buah bangunan rosak teruk akibat gempa itu, tetapi tiada korban dilaporkan.

Sementara itu, 30 yang lain mengalami kecederaan termasuk 19 orang di Jakarta yang kini dirawat di hospital.

Orang ramai bertempiaran keluar meninggalkan bangunan-bangunan tinggi yang bergoyang di seluruh Jakarta akibat gempa kuat itu.

Penulis sendiri yang tinggal di tingkat 25 sebuah apartmen di Permata Hijau, Jakarta Selatan, dapat merasakan bagaimana tiba-tiba bangunan apartmen berkenaan bergoyang sehingga menyebabkan dinding retak serta pecah dan barang-barang jatuh bertaburan.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 petang itu, gegaran dapat dirasakan selama hampir 10 minit, menyebabkan penulis bersama keluarga dan penghuni lain bergegas turun melalui tangga kecemasan.

Selepas hampir dua jam berkumpul di kawasan lapang apartmen, akhirnya semua penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Penulis sendiri dapat merasakan bagaimana situasi menakutkan ketika itu, apatah lagi tinggal di bangunan tinggi sehingga menyebabkan penulis sekeluarga berasa mual dan pening.



Seorang budak lelaki yang cedera dalam gempa bumi menangis kesakitan dan diberi rawatan di hospital di Tasikmalaya Jawa Barat, semalam. – AP

--------------------------------------------------------------------------------



Di Hospital Cipto Mangunkusumo, di sini dilaporkan keadaan kelam kabut apabila doktor dan pesakit bertempiaran lari keluar dari bangunan hospital berkenaan.

Gempa yang berpotensi membawa tsunami itu juga menyebabkan berlaku gegaran hingga ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, walaupun penerbangan tetap berjalan lancar.

“Bagaimanapun, kawasan operasi Lapangan Terbang Soekarno Hatta berjalan lancar. Aktiviti tetap seperti biasa,” kata pegawai bertugas yang dikenali sebagai Resky dipetik detikcom.

Resky berkata, getaran memang terasa di kawasan lapangan terbang, tapi tidak mendatangkan panik kepada penumpang.

Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia melaporkan tsunami kecil berlaku di Pelabuhan Ratu, Jawa Barat dan sebuah rumah roboh di Tasikmalaya berikutan kejadian gempa tersebut. – Utusan

Kenapa dalam banyak banyak tempat di Indonesia,TASIK MALAYA dipilih ALLAH adakan untuk memberi PERINGATAN KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA?????

Selasa, 1 September 2009

nak BODEK gomen seven ker????

Ada bonus raya?

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.

Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.

sivakumar kena REJECT?

baca bawah...

Permohonan injunksi Sivakumar ditolak5:40pm
IPOH 1 Sept. – Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan injunksi bekas Speaker, V. Sivakumar menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri daripada mengganggu pakatan pembangkang mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri esok. - Utusan...

zakiah anas TARIK BALIK permohonan cerai

banyak orang lelaki melayu yang akan KECEWA dengan berita ini

baca kat bawah tu.....

Zakiah Anas tarik balik permohonan cerai
01/09/2009 2:03pm


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Personaliti TV3, Zakiah Anas hari ini menarik balik permohonan cerai taklik terhadap suaminya yang difailkan sebelum ini.

Permohonan itu dibuat oleh peguam syarie yang mewakili Zakiah, Rubiah Jaffar tanpa sebarang alasan yang khusus.

Hakim syarie, Kamaruzaman Ali membenarkan permohonan tersebut selepas tiada bantahan daripada peguam yang mewakili suaminya, Fakhrul Azman Abu Hasan - Utusan

kes DUN seputih - AKU DAH AGAK DAH

DUN SEPUTIH yang ditentukan KEPUTUSAN kontroversinya 1/09/09 SEHARI SELEPAS BN UMUM KENAIKAN HARGA MINYAK YANG MENYEBABKAN RAKYAT PR NAIK ANGIN

sehubungan ini menyebabkan SPR membantu BN dengan MENGUMUMKAN BAHAWA DUN SEPUTIH KEKAL MILIK BN

sebenarnya BN dah TAKUT MAJORITI TURUN DENGAN DRASTIKNYA SELEPAS MELINGKUP KAT TEMPAT AKU N.11

semua ini dah aku agak dan aku duga
KERAJAAN TU PILIHAN RAKYAT
DUIT GAJI MENTERI DAN KAKITANGAN KERAJAAN TU DUIT RAKYAT
SEKALI RAKYAT SUMPAH TAK HALAL DUIT TU
TERUK BN NAK KENA MINTAK MAAF SATU MALAYSIA

KUASA KERAJAAN DAN KUASA ALLAH
KUASA ALLAH MELEBIHI SEGALANYA
DUN SEPUTIH KEKAL MILIK BN
KITA TUNGGU APA AKAN TERJADI SELEPAS INI
KUASA ALLAH MELEBIHI SEGALANYA
TU YANG BN SERING LUPA