Rabu, 2 September 2009

AMARAN ALLAH buat MALAYSIA dan INDONESIA pada 10 hari kedua puasa

33 korban gempa di Jawa

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my



Beberapa bangunan di sebatang jalan di pekan Sukabumi di Jawa Barat runtuh setelah gempa bumi kuat melanda pulau Jawa, semalam. Gempa itu berlaku kira-kira 200 kilometer di selatan Jakarta pada kedalaman 49 kilometer, kata Kajian Geologikal AS. – AFP

--------------------------------------------------------------------------------



JAKARTA 2 Sept. – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh di beberapa lokasi di Jakarta dan Jawa Barat akibat gempa bumi berukuran 7.3 pada skala richter di Tasikmalaya dekat Bandung, petang ini.

Cianjur merupakan kawasan yang paling teruk dilanda gempa itu dan 30 yang lain dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, manakala seorang maut di Sukabumi.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia, Priyadi Kardono berkata, di Bandung sebanyak 10 buah bangunan rosak teruk akibat gempa itu, tetapi tiada korban dilaporkan.

Sementara itu, 30 yang lain mengalami kecederaan termasuk 19 orang di Jakarta yang kini dirawat di hospital.

Orang ramai bertempiaran keluar meninggalkan bangunan-bangunan tinggi yang bergoyang di seluruh Jakarta akibat gempa kuat itu.

Penulis sendiri yang tinggal di tingkat 25 sebuah apartmen di Permata Hijau, Jakarta Selatan, dapat merasakan bagaimana tiba-tiba bangunan apartmen berkenaan bergoyang sehingga menyebabkan dinding retak serta pecah dan barang-barang jatuh bertaburan.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 petang itu, gegaran dapat dirasakan selama hampir 10 minit, menyebabkan penulis bersama keluarga dan penghuni lain bergegas turun melalui tangga kecemasan.

Selepas hampir dua jam berkumpul di kawasan lapang apartmen, akhirnya semua penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Penulis sendiri dapat merasakan bagaimana situasi menakutkan ketika itu, apatah lagi tinggal di bangunan tinggi sehingga menyebabkan penulis sekeluarga berasa mual dan pening.



Seorang budak lelaki yang cedera dalam gempa bumi menangis kesakitan dan diberi rawatan di hospital di Tasikmalaya Jawa Barat, semalam. – AP

--------------------------------------------------------------------------------



Di Hospital Cipto Mangunkusumo, di sini dilaporkan keadaan kelam kabut apabila doktor dan pesakit bertempiaran lari keluar dari bangunan hospital berkenaan.

Gempa yang berpotensi membawa tsunami itu juga menyebabkan berlaku gegaran hingga ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, walaupun penerbangan tetap berjalan lancar.

“Bagaimanapun, kawasan operasi Lapangan Terbang Soekarno Hatta berjalan lancar. Aktiviti tetap seperti biasa,” kata pegawai bertugas yang dikenali sebagai Resky dipetik detikcom.

Resky berkata, getaran memang terasa di kawasan lapangan terbang, tapi tidak mendatangkan panik kepada penumpang.

Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia melaporkan tsunami kecil berlaku di Pelabuhan Ratu, Jawa Barat dan sebuah rumah roboh di Tasikmalaya berikutan kejadian gempa tersebut. – Utusan

Kenapa dalam banyak banyak tempat di Indonesia,TASIK MALAYA dipilih ALLAH adakan untuk memberi PERINGATAN KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA?????

Tiada ulasan: