Selasa, 13 Oktober 2009

betul tu wak albanjari.....jangan mara aaaa 14/10/09

aku nak kata terkejut pun ada jugak
nak kata syok pun ada jugak
tapi boleh kata apa yang aku dan blogger albanjari tu
ADA BETULNYA JUGAK
kiranya kami sependapat...

kalau nak tau apa yang kami sependapat tu,.........

baca kat bawah ni......

Semuanya gara gara kegagalan sistem tarbiyyah. Tanpa kefahaman haraki yang mantap, ramai dikalangan kita berjuang bermati matian untuk mempastikan kemenangan milik kita tanpa mengambil berat soal "redha dan restu" Allah swt. Tanpa tarbiyyah, kita akan menjadi pejuang parti politik dan bukan lagi pejuang yang berjuang di dalam Gerakan Islam.






Sebab tu, time nak gaduh dengan UMNO, ramai yang muncul tetapi time solat ramai yang lupa. Macam mana nak dapat redha Allah swt jika macam tu ? Bila kalah, kita "bersilat". SPRlah. Undi poslah. UMNO ugut pengundilah. Macam macam bunga silat kita. Kita langsung tak nampak "gerak kerja" Allah swt walaupun kita tanpa segan silu melabelkan diri kita sebagai pejuang Islam yang berada di dalam Gerakan Islam.



Di mana silapnya apabila sistem tarbiyyah ini dikatakan gagal ? Silapnya adalah ulama yang ada, walaupun ramai, masih gagal untuk menterjemahlan ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt ke dalam masyarakat. Ulama yang ada tenggelam dalam "lautan" ilmunya sehinggakan asyik "syok sendiri" ketika mengajar dan lupa untuk mempastikan para ahli jemaah ini faham apa yang diajar.



Lebih malang lagi, apabila ada "ulama" dalam PAS yang menjadikan dakwah itu sebagai satu komoditi dan menjadikan "ceramah" itu sebagai suatu sumber pendapatan. Berceramah berapi-api. Sebutan ayat al-Quran dan hadith lancar tahap gaban tapi merokok macam mat Indon kerja kontrak.



Pemuda PAS, time demonstrasi, bukan main lagi garangnya. "JAHANAM AMERIKA". "JAHANAM ISRAEL". Malangnya, rokok Winston tersepit kemas di celah jari. "HANCUR AMERIKA". "HANCUR ISRAEL". Tapi every weekend bawa family makan di McDonald atau KFC. Nak dapat keredhaan Allah swt macam mana kalau munafik yang mudah tu pun sukar nak dibuang jauh daripada kehidupan ?



Pergi jahanamlah dengan daki daki munafik yang ada tu...baik pimpinan, baik penyokong, baik petugas, baik ahli, baik dewan-dewan, baik Kawasan-kawasan, baik Cawangan Cawangan, baik bloggers, baik apa sekalipun. Pergi jahanam selagi anda gagal untuk keluar daripada lumpur munafik tu.



Nak marah? Marahlah....ada aku kesah? Redha manusia lebih mendekatkan kita dengan neraka berbanding redha Allah swt yang memudahkan kita ke syurga.

Tiada ulasan: