Ahad, 11 Oktober 2009

tun razak masuk PEMBANGKANG 12/09/09????

baca bawah

'Kembalikan Bandar Tun Razak'


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Parlimen Bandar Tun Razak jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.



Kawasan itu sangat simbolik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia dinamakan sempena nama bapanya yang juga Perdana Menteri kedua negara.



Beliau menaruh harapan agar Bandar Tun Razak kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang akan datang.



"Semoga Bandar Tun Razak ini kalau ikutnya roh dan semangat Tun Razak itu, jangan lupa bila tiba masanya, kembalikanlah Bandar Tun Razak ini," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata demikian pada majlis Jamuan Hari Raya 1Malaysia Bersama Perdana Menteri dan Isteri di pekarangan kawasan Perumahan Seri Melaka, Bandar Tun Razak di sini hari ini.



Lebih 10,000 orang menghadiri program berkenaan hari ini.



Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dan penganjur, Syed Abdul Rahman Alhabshee.



Tambah Najib, beliau amat terharu apabila rakyat pelbagai kaum berasak-asak mahu bersalam dengannya sebaik tiba ke sambutan tersebut.



"Mungkin ini petanda yang baik bahawa tuan-tuan dan puan-puan yakin dengan kerajaan BN kita," katanya.



Dalam ucapannya juga, beliau memberitahu, gagasan 1Malaysia yang cuba diterapkan kini sama sekali tidak mengubah perkara-perkara yang menjadi hak orang Melayu.



"Kita tidak ambil hak orang Melayu dan beri kepada masyarakat lain," katanya.



Namun kata beliau, tindakan itu juga tidak menyebabkan masyarakat lain dipinggirkan.



"Kita sebuah negara yang mampu beri pertimbangan adil dan saksama, masyarakat Cina dan India juga layak diberikan pertimbangan mengikut hak dan jangkauan yang sewajarnya," katanya.



Beliau juga menyeru semua kaum di negara ini menghayati sepenuhnya erti perpaduan kerana jika gagal berbuat demikian, maka negara ini akan menuju kehancuran.

Tiada ulasan: