Jumaat, 18 September 2009

JANGAN SAMPAI AGAMA LAIN PUN HANG NAK SURUH TAKBIR RAYA SAMA!!!!!!

aku takut la artikel macam yang aku paste kat bawah ni
aku takut nanti 1 MALAYSIA punya pasai
AGAMA LAIN PUN HANG NAK SURUH TAKBIR RAYA

sebelum hangpa buat macam tu

aku MAKI DULU

WOI! BODOH AIDIL FITRI TU PERAYAAN AGAMA LA OOOI!!!!!
JANGAN NANTI KRISMAS NANTI ORANG ISLAM KENA PI SEMBAHYANG KAT GEREJA
DEEPAVALI ORANG ISLAM KENA PI KUIL
BUDDHA ORANG ISLAM KENA PI KUIL
GONG XI FA CHAI ORANG ISLAM KENA PI KUIL

AIDIL FITRI HAK EKSLUSIF ORANG ISLAM
RAYA HANGPA NAK KONGSI DENGAN KAMI O.K
AIDIL FITRI AKU NAK KONGSI DENGAN HANGPA

SORRY!

baca artikel kat bawah ni yang AKU TAK PUAS HATI!!!!

KALAU TERINGIN SANGAT NAK SAMBUT AIDIL FITRI

AKU CABAR PENULIS NI

MASUK ISLAM!

artikel tu kat bawah ni

Raikan Hari Raya bersama kaum lain




Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN







Rakan-rakan 1 Malaysia, Siti Rokiah Ibrahim, (kiri) V. Shanti, Janet Tee Siew Mooi dan Sauyah Che Ros bersama-sama membuat ketupat pada majlis perasmian pameran Nostalgia Sajian Raya di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



--------------------------------------------------------------------------------







Setiap kali menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, nyanyian lagu P. Ramlee Dendang Perantau mahupun M. Nasir Satu Hari Di Hari Raya pasti berkumandang di peti televisyen mahupun radio dalam mana-mana rangkaian media, baik berbahasa Melayu, Inggeris, Cina ataupun India.



Ramai yang bertanggapan bahawa sebaik sahaja lagu tersebut dimainkan, maka bermula juga mood Aidilfitri. Banyak lagu lain turut dimainkan terutama nyanyian Jamal Abdillah ataupun Sudirman Haji Arshad yang masih segar dalam kehidupan masyarakat Malaysia.



Suasana di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain yang menyambut perayaan ini. Dalam konteks negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kehadiran pelbagai perayaan menggambarkan suasana kepelbagaian dan sejauh mana ia turut diraikan bersama untuk menunjukkan wujudnya nilai 'kemuafakatan'; di samping tanda bermulanya bulan Syawal dan berakhirnya bulan Ramadan serta memenuhi hukum Islam yang ketiga bagi masyarakat beragama Islam.



Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja menjadi tumpuan kerana wujud jualan murah ataupun jualan juadah pasar Ramadan serta cuti panjang bersama keluarga, ataupun tempoh masa untuk sesetengah anggota masyarakat membuat wang lebih daripada 'perniagaan instant perayaan' tetapi lebih penting daripada itu adalah bagaimana keseluruhan rakyat Malaysia mengamalkan prinsip 'berkunjung' antara satu sama lain dalam kelompok agama yang sama dan kemudian 'diziarahi' oleh masyarakat dari kelompok etnik yang lain - ini memberikan 'keunikan' dalam sejarah hubungan etnik di peringkat global.



Di kampung-kampung, ia bermula seawal malam pengumuman sambutan hari raya yang juga dikenali malam Lailatul Jaa'izah apabila jiran melawat dari rumah ke rumah untuk bersama takbir dan menunaikan sembahyang raya pada pagi berikutnya.



Ia menggambarkan semangat kekitaan yang cukup besar ertinya yang sukar dilihat dalam kalangan masyarakat lain melangkaui ideologi politik ataupun pegangan prinsip individu.



Ini menunjukkan bahawa walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ke atas keadaan yang tidak menentu baik dalam konteks politik, ekonomi mahupun sosial yang turut mempengaruhi keharmonian pelbagai etnik negara ini, Malaysia masih dianggap sebuah negara contoh kepada toleransi keagamaan berbanding dengan negara lain yang bergelut dengan kebebasan dan cengkaman kehidupan terkawal akibat kedudukan struktur politik mereka.



Ada yang tidak dapat melawat sanak saudara mahupun sahabat dan rakan mereka tetapi di Malaysia, keadaannya jauh berbeza. Namun, dalam ketenteraman dan keamanan, ramai juga yang mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah seolah-olah kita semakin hari kehilangan seri sambutan hari raya.



Kalau dulu, masyarakat kampung duduk bersama membakar lemang dan membuat dodol bersama, kini kebanyakan kampung suram.



Apatah lagi, kuih muih juga kebanyakannya dibuat oleh pembekal yang tiba-tiba muncul sewaktu musim raya. Suasana raya sudah berbeza tetapi ia masih meneruskan tradisi 'rumah terbuka' yang membolehkan anggota masyarakat melawat, bersalaman, berjamu selera dan mempertahankan prinsip persaudaraan; serta yang penting adalah nilai kemasyarakatan 1 Malaysia.



Yang memberi kekuatan kepada kerangka hubungan keetnikan dan ras adalah Perlembagaan yang berlambangkan kerajaan bercirikan Melayu-Islam diimbangi dengan nilai kemasyarakatan majmuk dari sudut keetnikan dan agama.



Sifat kesederhanaan inilah yang cuba dirungkai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1 Malaysia supaya ada kesedaran dalam bertoleransi yang kemudiannya secara proses evolusi membolehkan masing-masing menerima perbezaan dan meraikan persamaan berasaskan kepada nilai kemanusiaan.



Elemen inilah yang turut dicemburui oleh negara luar yang tidak mampu melakukan apa yang dicapai oleh Malaysia.



Masjid, kuil, gereja, gurdwara menghiasi landskap tanah air yang telah, sedang dan akan melalui proses Islamisasi.



Proses ini tidak sama sekali menjejas kedudukan masyarakat lain yang boleh menyambut perayaan keagamaan dan kebudayaan sesama mereka atau bersama kumpulan lain.



Yang jelas, pluralisme atau kemajmukan; panggil apa sahaja tetapi ia bukan sahaja melahirkan sifat toleransi tetapi pada waktu yang sama diraikan bersama.



Tidak dinafikan akan ada golongan radikal atau ekstremis yang tidak gembira dengan keinginan meraikan bersama menyebabkan kumpulan ini berusaha menjadi penghalang kepada keharmonian yang mahu dinikmati tetapi pihak berwajib sentiasa memastikan keselamatan adalah terpelihara.



Nilai pengorbanan dan kompromi yang wujud dalam negara berdasarkan kepada prinsip hidup dalam keluarga besar dengan dihiasi oleh prinsip hormat, faham dan toleransi menggambarkan persekitaran 1 Malaysia.



Masing-masing walaupun berpegang kepada ajaran, kepercayaan, amalan, praktis dan upacara serta ritual keagamaan sendiri, mereka tidak menafikan kedudukan bersama dengan agama lain. Kerajaan tidak mendiskriminasi isu keagamaan dan ia mempromosi toleransi sejak dahulu lagi.



Kepercayaan, pengiktirafan dan penghormatan membolehkan kehidupan bersama wujud dalam Malaysia walaupun ada sarjana melihat ia bersifat retorik. Secara kolektif, dinding yang menjadi penghalang pasti boleh diroboh supaya kita kekal hidup harmoni dengan memastikan kehadiran nilai kejujuran yang tinggi.



Yang harus dihukum adalah mereka yang menggunakan isu agama untuk kepentingan sendiri lantas mengabaikan tanggungjawab asas ke atas keseluruhan masyarakat.



Dalam kedudukan demografi kependudukannya, Malaysia merupakan contoh terbaik sifat tolak ansur beragama dan berbudaya. Budaya minoriti, penggunaan bahasa, makanan, pakaian, muzik dan filem serta perayaan merupakan satu kelangsungan setiap masa dan tahun.



Program Cina dan Tamil ada dalam penyiaran. Wujud juga sekolah Cina dan Tamil. Ada perayaan yang diberikan cuti umum yang digunakan oleh bukan kelompok itu sahaja tetapi keseluruhan rakyat. Kesemua ini dapat dilakukan kerana Malaysia dianggap mengamalkan konsep integrasi dan bukannya asimilasi.



Di bawah integrasi, Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang membenarkan penerusan amalan yang diwarisi dan melalui proses sosialisasi yang dipelajari.



Jika keluarga berjaya menanam sifat ukhwah dan tasamuh dari awal lagi, maka kemajmukan tidak akan menjadi penghalang malahan dengan mudah dapat diadaptasi oleh ahli masyarakat. Inilah kehidupan pluralisme yang mendasari kehidupan pelbagai wajah di Malaysia.



Walaupun wujud pelbagai cabaran dalam mempertahan nilai yang dikongsi bersama dan diraikan, keyakinan perlu diadun dengan rekod pencapaian lepas dalam sektor keagamaan, etnik dan toleransi kebudayaan. Asas yang perlu dipertahan adalah Perlembagaan yang bersifat sederhana dan kompromi. Perlembagaan berjaya membawa bersama masyarakat dan menjauhi konflik atas kepentingan kesemua penghuni negara ini.



Dilema hari ini adalah masih wujudkah nilai kemasyarakatan sebagaimana yang dilihat pada masa lalu apabila ada segelintir yang sudah mula lupa asal-usul dalam keseronokan mengejar kemewahan dan kebendaan dan mahu mencetus nilai individualisme.



Jika dua puluh tahun dahulu, kita mampu bersama ziarah-menziarahi antara satu sama lain, mengapa ia semakin luntur dalam proses pembangunan yang sepatutnya melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi, perwatakan yang dihormati dan ketokohan yang terpuji.



Adakah segalanya bersifat ilusi atau sekadar satu impian dengan harapan tinggi supaya masing-masing menerima seadanya dan bersama dalam apa sahaja cabaran dan memeriahkan perayaan sebagai tanda pengiktirafan kepada penghormatan luar kepada masyarakat pelbagai etnik negara ini.



Ada juga yang sudah tidak mahu pulang beraya di kampung kerana lebih selesa bercuti di luar negara sehingga melupakan orang tua. Ada pula yang sengaja menutup rumah mereka kerana tidak mahu diganggu yang turut banyak berlaku dalam hampir kesemua perayaan.



Lagu Satu Hari Di Hari Raya sepatutnya mendatangkan iktibar dan sifat rendah hati dalam kalangan kesemua pendengar termasuk orang Melayu dan bukan Melayu kerana mesejnya jelas: pujian kepada yang Esa tanda syukur dan reda seadanya; kuasa yang Maha Esa memberi nikmat kepada manusia.



Fitrah manusia dilahirkan untuk kenal-mengenali antara satu sama lain. Kepelbagaian diraikan; perbezaan diketepikan tanda penghormatan dan pengiktirafan. Masing-masing perlu akur kekuatan pada persamaan dan pelihara keharmonian.



Raya dikongsi bersama tanpa ada batasan kepercayaan, kumpulan umur mahupun gender. Yang diutamakan nilai kemajmukan dalam masyarakat; perkongsian kehidupan bersama. Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jaga keselamatan negara ini bersama daripada anasir yang tidak mahu Malaysia menjadi negara yang rakyatnya hidup berukun dan makmur sentiasa.



Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian



Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan



Universiti Sains Malaysia

Tiada ulasan: